Kerusi kelihatan kosong tanpa perwakilan pada sesi petang Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto FAREEZ FADZIL, 07 DISEMBER 2019

AYER KEROH – Ketika sesi perbahasan ucapan Dasar Presiden mengambil tempat di Dewan Persidangan Kongres Nasional PKR, ratusan perwakilan yang dikatakan menyokong Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat meninggalkan dewan.

Seorang demi seorang daripada mereka meninggalkan perbahasan.

Kerusi kelihatan kosong tanpa perwakilan pada sesi petang Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto FAREEZ FADZIL, 07 DISEMBER 2019

Mereka percayai menerima arahan untuk berbuat demikian menerusi aplikasi WhatsApp dan juga panggilan telefon.

“Kenapa nak keluar pulak, kan sudah ada kat dalam (dewan persidangan),” kata salah seorang daripada mereka yang menuju ke pintu keluar dewan MITC.

Tindakan itu dipercayai berlaku akibat rasa tidak puas hati apabila setiap perwakilan yang berbahas mengkritik Azmin secara terang-terangan.

Sebahagian perwakilan kelihatan keluar dari dewan pada sesi petang Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto FAREEZ FADZIL, 07 DISEMBER 2019

Di atas pentas dewan hanya kelihatan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution, dan Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar.

Azmin bersama tiga naib presiden – Zuraida Kamaruddin, Tian Chua, dan Ali Biju tidak kelihatan.

Menerusi satu mesej di WhatsApp, kem yang diketuai Azmin akan mengadakan satu sidang media tergempar di sebuah hotel berhampiran. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.