TERKINI : MALU!!! Isu Kereta Terbang Paling Tak Guna – Perwakilan Amanah Pahang

SHAH ALAM – Idea kereta terbang diperkenalkan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, antara program Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang paling tidak berguna kepada rakyat.

Perwakilan Parti Amanah Negara (Amanah) dari Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menegaskan, idea tersebut turut memalukan penyokong dan ahli PH apabila ia menjadi bahan sindiran.

“Apa yang berlaku kami di bawah malu muka untuk pertahankan kereta terbang! Antara program yang paling tak guna dilakukan oleh kerajaan! Malu muka kita nak pertahankan isu kereta terbang pada rakyat! “Selain itu rakyat terpinga-pinga apakah struktur program itu.

Sekiranya berterusan saya rasa kita tidak lama sebagai kerajaan,” katanya berucap membahaskan Pidato Presiden Amanah pada Konvensyen Nasional 2019 Amanah di Pusat Konvensyen Darul Ehsan (IDCC), hari ini.

1 Komen

Comments are closed.