Ketua Angkata Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berjalan sebelum menyampaikan ucapan pada Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto FAREEZ FADZIL, 08 DISEMBER 2019

AYER KEROH – Dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir mendedahkan ada cubaan untuk menimbulkan hura hara di Kongres AMK, Jumaat lalu.

Akmal berkata ada pemberi maklumat yang memberikan mesej kepada beliau bahawa rancangan itu direncanakan dengan memanggil 30 gangster untuk mewujudkan suasana tegang semasa kongres AMK berlangsung.

“Aku nak 30 hardcore, Untuk security team masa Kongres. Bawa Tony dan Syamel sekali.

“Aku nak kunci dewan undi tidak percaya kepada Akmal tapi kena susun betul, aku nak hard core yang tempur punya,” dedah Akmal di dewan kongres hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Johor Bahru itu tidak mendedahkan nama penghantar mesej berkenaan.

Akmal berkata, beliau akan menyerahkan bukti mesej ini kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Konges AMK pada Jumaat lalu dicemari beberapa insiden kekecohan apabila beberapa perwakilan sayap itu dan anggota parti saling bertumbuk.

Kejadian pada sesi pagi kecoh di pintu masuk kongres ketika perwakilan mula masuk untuk mendengar ucapan dasar Ketua AMK.

Insiden kedua bermula jam 12 tengahari apabila sekumpulan perwakilan AMK bertindak menolak dan merempuh untuk masuk ke dewan.

Situasi bertambah buruk apa pertikaman lidah dan cabar mencabar berlalu sebelum beberapa ‘pemerhati’ berbaju hitam mula bertumbuk dengan perwakilan AMK.

Pergaduhan dan insiden bertumbuk itu berlarutan sehingga ke luar pusat persidangan kongres, dan beberapa objek termasuk batu berterbangan hingga mencederakan seorang daripada kumpulan ‘pemerhati’ yang didapati berdarah di bahagian belakang kepala. -MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.