Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali (tengah) bersama penyokong melaungkan kata-kata semangat pada Majlis Makan Malam Apresiasi Perwakilan Kongres Keadilan 2019 di Hotel Renaissance Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 08 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin AliĀ  membidas pihak di dalam PKR yang menggelar beliau dan semua rakan seperjuangannya bersama anggota akar umbi sebagai pengkhianat.

Timbalan Presiden PKR itu juga sedih dan kesal kerana pengorbanan, sumbangan dan dedikasi yang dicurahkan bersama rakan seperjuangannya sejak April 1999 untuk membina Keadilan sejak 20 tahun lalu dibalas dengan hadiah gelaran pengkhianat.

Kata Ahli Parlimen Gombak itu, pada 4 April 1999, beliau berada di sini sebagai salah seorang yang terpanggil untuk membela parti Keadilan Nasional, bersama Tian Chua, Zuraida Kamaruddin, Sivarasa, Datuk Kamaruddinbahrin dan ramai lagi.

“Tetapi 20 tahun kemudian pada 7 Disember 2019, saya digelar pengkhianat. Yang gelar begitu tidak adapun dalam dewan ini. Saya, Tian Chua dan Zuraida serta yang lain baru dua hari lalu sudah kenal Keadilan sebenar (belang sebenar).

“Apa yang sedang berlaku dalam parti Keadilan Rakyat ini, saya tidak mahu ‘play blame game’ sebab parti ini dibina oleh saudara-saudari dan rakyayttapi selepas 20 tahun dipenjarakan dan berjuang, tiba-tiba inilah pengkhianat parti, Cis bedebah kamu.

“Kamu belum kenal Azmin Ali yang aku kenal, tapi tenang-tenang aku..saudara parti ini tidak akan kuat, tidak akan utuh, tidak akan berjaya tanpa saudara-saudari yang ada pada hari ini,” katanya dalam amanat utama di Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bersama perwakilan dan anggota serta penyokong Keadilan di ibu negara.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin AliĀ  bersalaman dengan penyokomg pada Majlis Makan Malam Apresiasi Perwakilan Kongres Keadilan 2019 di Hotel Renaissance Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 08 DISEMBER 2019

Azmin turut mengingatkan bahawa PKR bukannya dibina oleh satu orang atau satu keluarga tetapi ia dibina oleh pengorbanan dan perjuangan rakyat Malaysia dari Perlis sampai ke Johor, Sabah dan Sarawak yang merupakan keunikan sebenar yang terbentuk dalam Keadilan.

Menurutnya, bukan mudah untuk seseorang yang kini dianggap pengkhianat dalam parti membina parti Keadilan sehingga ke tahap sekarang.

Beliau juga dengan nada beremosi, lantang menyatakan kepada lebh 5,000 hadirin bahawa mereka dipenjarakan sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden PKR hari ini) masuk penjara pada 20 sept 1999,

“Sebelum Anwar masuk penjara saya masuk penjara lokap, jangan padam sejarah. Saya masuk penjara dan saya ditelanjangkan, dibogelkan, ditanggalkan pakaian ,dipijak dan dihina kerana perjuangan keadilan yang kita bina.

“Sebab itu saya teramat kesal, ternyata kecewa. Ada dua tiga kerat, namanya pun bukan macam nama orang Malaysia (merujuk Farhash Wafa Salvador) bermegah ‘aku reformis, aku pejuang, tapi aku (rujuk diri) pengkhianat kepala bapak kamu,” kata Azmin sambil disambut tepukan dan sorakan para hadirin.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berucap pada Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 08 DISEMBER 2019.

Azmin juga berkata: “Saya kesal atas nama keadilan ramai dipenjarakan dihina dan diaibkan, ingat kita bukan bina parti ini untuk mengampu atau pengampu tapi bina parti untuk melahirkan negara Malaysia baharu, reformasi bukan nak aib pemimpin atau bukan jadi pengampu.”

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu juga menyatakan kesediannya berdebat atau berbahas mana mana pihak yang mahu tentang perjuangan parti.

“Kalau nak bahas boleh bahas. Tak boleh dikritik, kepala otak kamu. Dengan Dr. Mahathir aku lawan dulu, dengan Pak Lah aku lawan, Najib pun saya juga lawan dan begitu juga dengan Rosmah, tapi yang ini cicak mengkarung,” bidas beliau.

Beliau juga kecewa dengan Kongres politik PKR yang tidak dibarisi pembahas berkualiti dan pembentangan idea dan pembangunan negara tidak mengisi kongres tersebut di Melaka.

 

“Saya mahu kongres PKR ini bukan ceramah politik, sebagai kongres parti kerajaan yang memerintah,ramai rakyat tengok kualiti dan kewibawan pembahas. Apakah pembahas Keadilan ini dapat bahas isu ekonomi, isu Wawasan Kemakmuran Bersama, isu perumahan masalah anak-anak muda, masalah nelayan, peneroka felda.

“Tapi ikhlas kata cuba anda cakap ada atau tidak kesemua perkara di atas dalam kongres (tidak..sorak hadirin) sebagai timbalan Presiden, saya malu kualiti pembahas yang dipilih MPP PKR tidak ada kualiti,” keluh beliau.

Beliau memuji ketokohan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu yang menghormati dan mengiktiraf semua pemimpin serta menteri Kabinet dari parti itu dalam ucapan dasar Konvensyen Nasional baru baru ini.

“Bila membahas, mereka mencerahkan perbahasan dengan isu rakyat. Dia peduli rakyat., itu pembahas berkualiti parti Amanah. Sini (PKR) pembahas yang kononnya reformis, pecat, kartel (pemimpin cuba sabotaj)

“Kalau saya naik pentas, pula keluar sorakan tengok ini pengkhianat tidak ada di pentas, sebenarnya kita dah jelaskan kenapa kita tidak hadir, tetapi kami setia pada program parti, maka kalau nak bicara soal rakyat kemiskinan jangan jadi munafik.

“WKB2030 10 tahun di sediakan dan dibentangkan demi rakyat tapi itu tak dibahas dalam kongres sebab apa sebab ia datang dari Menteri Hal Ehwal Ekonomi,” tegasnya.

1 Komen

  1. Klu dah ketua kamu kata kamu pengkhianat apa tah lagi rakyat jelata…. Dgn x sacara langsung yg menyokong kamu pun pengkhianat juga jadi elok lah cari jalan keluar dan tingal kan lah pejuangan yg x di iktiraf oleh rakyat. Ini lah pkr….. Begolak tak habis cam mana nak takbir negara……

Comments are closed.