Pep Guardiola.

MANCHESTER – Manchester City berhadapan tugas berat selain kesuntukan masa untuk mengejar Liverpool dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pasukan itu tews 1-2 kepada jirannya, Manchester United malam tadi.

Kekalahan itu menyaksikan Livepool selaku pendahulu liga selesa dengan kelebihan mata selepas menang 3-0 ke atas Bournemouth.

Pengurus City, Pep Guardiola, ia bukan masanya untuk memikirkan untuk mengejar Liverpool).

“Kami harus cuba meneruskan misi pasukan, ada banyak lagi aksi yang perlu diharungi selepas ini,” katanya selepas perlawanan di Stadium Etihad.

City dipisahkan tiga mata dengan Leicester City yang menghuni tangga kedua liga.

Guardiola berkata, beliau akan memikirkan strategi untuk membaiki kesilapan dan bangkit semula pada perlawanan akan datang.

“Saya rasa adalah tidak realistik jika kita fokus kepada bagaimana hendak mengejar pendahulu liga.

“Pada hakikatnya itu sangat sukar memandangkan lawan kita menang 15 daripada 16 aksi EPL setakat ini,” katanya. -MalaysiaGazette