🎥 HIBURAN MGTV | HANS ISAAC Sila Letak Jawatan!!! – Presiden PROFIMA

KUALA LUMPUR – Beberapa persatuan pengkarya filem sebulat suara menggesa Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac meletakkan jawatan kerana didakwa gagal menjalankan tugasnya.

Selain didakwa mengganggu tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Ahmad Idham, Hans juga dikatakan banyak mempengaruhi mempengaruhi Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Gobind Singh Deo dalam membuat keputusan.

Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) Khir Mohd Noor yang turut mewakili Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Komuniti Filem Titiwangsa (KOMFIT), Persatuan Sinematografi (MySC), Pertubuhan Industri Kreatif Digital Malaysia (PIKDM) dan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) membuat gesaan itu dalam satu sidang media hari ini.