Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – “Walaupun kami percaya kepada idealisme anak-anak muda, adalah penting juga bagi mereka untuk mengambil kira pengalaman orang-orang tua.

“Apabila ada gabungan kedua-duanya, ia lebih baik.”

Itu nasihat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Finland dalam satu temuramah dengan bersama Reuters.

Ia nasihat seorang perdana menteri tertua di dunia berusia 94 tahun kepada rakan sejawatannya yang termuda, Sanna Marin yang baru berusia 34 tahun.

Marin merupakan calon tunggal bagi jawatan tertinggi kerajaan Finland selepas peletakan jawatan Antti Rinne berikutan usul undi tidak percaya.

Marin mengambil alih pimpinan kerajaan di tengah-tengah mogok pekerja selama tiga hari yang dibimbangi mengganggu pengeluaran di beberapa kilang utama.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sanna Marin PM termuda di dunia