MILAN – Tidak sampai 24 jam Carlos Ancelotti dipecat dari jawatan pengurus Napoli, kelab itu bertindak pantas melantik Gennaro Gattuso mengisi kekosongannya.
Ancelotti dipecat Selasa lalu tidak sampai tiga jam berjaya membantu Napoli mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah musim ini.
Gattuso, 41, sebelum menguruskan AC Milan tetapi meninggalkan kelab Serie A itu pada penghujung musim lalu.
“Kami perlu bekerja keras dan menang balik seberapa banyak mata dalam Serie A Itali untuk bangkit kuat dalam situasi yang sangat sukar ini.
“Walaupun tidak menang sembilan perlawanan sebelum ini, sasaran kami kali ini adalah untuk menang setiap perlawanan dan kembali mengukuhkan kedudukan kelab menjamin empat teratas carta Serie untuk mengesahkan aksi Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan,” katanya.
Gattuso berkata itu adalah sasaran utama selepas mengambil alih kelab berkrisis itu.
Dalam carta liga domestik Itali, Napoli menduduki tempat ketujuh dengan perbezaan lapan mata dengan pasukan empat teratas liga.
Gattuso merupakan bekas pemain yang pernah beraksi dibawah bimbingan Ancelotti di AC Milan.
“Dia (Ancelotti) umpa bapa saya dan sentiasa rapat serta memberi sokongan.
“Ancelotti telah menjuarai banyak dalam kariernya dan tiba waktu saya untuk membuktikannya,” tegas beliau.- MalaysiaGazette
















