Gol Lacazette membantu Arsenal bangkit daripada ketinggalan 2-0 kepada Standard Liege dalam aksi kumpulan Liga Europa awal pagi tadi.

BRUSSEL- Arsenal bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum terikat seri 2-2 di Standard Liege dan mara ke pusingan 32 Liga Europa sebagai juara kumpulan F.

Pasukan tuan rumah perlu menang besar 5-0 untuk menghalang the Gunner mara ke pusingan seterusnya sebagai juara kumpulan.

Namun itu ia tidak kesampaian selepas babak pertama.

Pada separuh masa pertama kedua-dua pasuan terikat seri tanpa jaringan.

bermulanya separuh masa kedua, skuad tuan rumah mengejutkan Arsenal menerusi gol pada minit ke-47 daripada Bastien.

Belum sempat menyusun serangan balas untuk mencari gol penyamaan, Arsenal dibolos gol kedua menerusi Amallah pada minit ke-69.

Dengan ketinggalan 2-0 Arsenal perlu halang tuan rumah untuk menambah jaringan.

Serangan balas Arsenal berjaya membuahkan hasil apabila membuka jaringanmenerusi Alexandre Lacazette pada minit ke-78.

Ia sedikit memberi harapan kepada penyokong Arsenal.

Tanpa berputus asa serangan demi serangan di kubu lawan berjaya membantu Arsenal bangkit mengikat kedudukan seri 2-2 pada minit ke-81 menerusi Bukayo Saka sebelum wisel penamat ditiup 9 minit kemudian.-MalaysiaGazette