Jaguh Tenis dunia, Andy Murray masih dilanda masalah kecederaan Paha dan dijangka kembali ke gelanggang dalam tempoh seminggu lagi.

LONDON – Andy Murray masih bergelut dengan masalah kecederaan pangkal paha dan tidak menghadiri sesi latihan yang telah diprogramkan minggu ini.

Bintang tenis popular dari Britain itu dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya daripada masalah kecederaan itu.

Keadaan itu memaksa Murray membatalkan perjalanannya ke Miami untuk sesi latihan yang dijadualkan Disember ini.

Bekas nombor satu dunia itu mula dilanda masalah kecederaan ketika aksi akhir Kejohanan Piala Davis November lalu.

Dia masih mampu berlatih di luar gelanggang dan dijangka kembali beraksi dalam tempoh seminggu lagi.

Murray merancang untuk mewakili Britain dalam Piala ATP yang akan membuka tirai 3 Januari 2020.

Dia dijangka bersaing pada Terbuka Australia di Melbourne bermula 30 Januari ini.

Juara tiga kali Grand Slam itu, sebelum ini hanya beraksi satu perlawanan semasa aksi separuh akhir Piala Davis.

Pada Oktober lalu, Murray telah merangkul gelaran perseorangan pertamanya sejak kembali dari pembedahan pinggang pada Januari 2019.-MalaysiaGazette