KAJANG – Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang secara gabungannya dikenali Dong Jiao Zong akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember untuk membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah vernakular.
Selain mengajak semua pertubuhan Cina menghadiri persidangan itu, Dong Jiao Zong turut meminta lembaga pengelola dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) untuk memulangkan garis panduan pelajaran tulisan Jawi kepada Kementerian Pendidikan sebagai tanda bantahan.
Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim yang membacakan satu kenyataan bersama berkata, persatuan lembaga pengelola peringkat negeri juga diminta bermesyuarat atau bersidang bagi membantah perkara tersebut.
Katanya, persatuan berkenaan juga diminta mengumpulkan tandatangan dan tanda cop lembaga pengelola dan PIBG sekolah sebagai tanda bantahan.
Sinchew Daily melaporkan, kenyatan Dong Jiao Zong juga menegaskan peranan lembaga pengelola sekolah dalam membuat keputusan selain mahu Kementerian Pendidikan menarik balik garis panduan yang dikeluarkan.
Dong Jiao Zong tidak bersetuju dengan pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi kerana ia bertentangan dengan keputusan Kabinet dan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP).
Selain itu, kuasa pengurusan yang diperuntuk kepada lembaga pengelola sekolah di bawah Akta Pendidikan 1996 dikatakan turut dipinggirkan. – MalaysiaGazette
sekolah venucular cina dan tamil seharusnya malah wajib ditutup terus dalam Malaysia.sebab ini bukan negara mereka pon.dah kasi betis nak peha pulak. merambus ler pendatang
Org-org melayu bila lak nak buat persidangan hapus sekolah vernacular… Puiiii bangsa kulit langsat nie…
bawah PH setan hidup agak sihat.
Dong Jiao Zong sebenarnya tidak pernah berterima kasih kpd negara ini. Setuju dgn pandangan ‘keras’ sdra Ayub. Perbuatan mereka ini “TIDAK RASIS” tp bila Melayu bersuara ianya rasis. Ini yg diperkatakan bodoh lg sombong. Lihatlah sekeliling yg tidak ada negara lain yg membenarkan mengadakan sekolah vanucular, bahkan nama mereka sendiri pun tidak dibenarkan mengguna nama Cina. Mereka mesti/wajib guna nama peribumi. Sedarlah DONG JIAO ZONG jgn terlalu angkuh. Jika tidak suka anda dipersila ketempat yg boleh menurut kehendak anda!
Tutup je sekolah vernakular, buat satu sekolah macam di Indonesia. Baru dia tahu.