Benzema meraikan gol penyamaan pada minit terakhir menentang Valencia dalam aksi La Liga semalam.

MADRID – Karim Benzema menjadi penyelamat Real Madrid daripada kecundang di tangan Valencia dalam aksi La Liga semalam.

Bintang Perancis itu berjaya menjaringkan gol penyamaan penting pada minit ke-95 untuk berkongsi 1 mata bersama Valencia.

Gol penyamaan Benzema itu bagaimanapun gagal membantu Real untuk melonjak ke tangga teratas carta La Liga kali ini.

Sejak awal perlawanan sehingga akhir separuh masa pertama, kedua-dua pasukan sekadar terikat seri tanpa jaringan.

Namun, tuan rumah Valencia mengejutkan pasukan pelawat itu apabila berjaya mendahului pasukan gergasi Sepanyol itu pada minit ke-78 menerusi Carlos Soler.

Real Madrid kini ketinggalan di belakang pendahulu Liga Barcelona dengan perbezaan jumlah jaringan gol walaupun mengumpul jumlah mata yang sama.-MalaysiaGazette