Zidane dan Pep bakal bertembung dalam aksi kalah mati Liga JuaraJuara Eropah Februari 2020

LONDON – Proses undian penentuan pasukan bagi Liga Juara Juara Eropah pusingan ke16 atau kalah mati kali ini telah diumumkan hari ini.

Mengikut keputusan pengundian, Manchester City akan berdepan Real Madrid.

Manakala juara bertahan musim lalu, Liverpool akan bertemu kelab La Liga Atletico Madrid pada pusingan kalah mati juara juara Eropah musim ini.

Satu lagi kelab England, Chelsea akan membuat perhitungan dengan pasukan gergasi Bundesliga Bayern Munich manakala Tottenham Hotspurs akan menentang RB Leipzig.

Dalam satu lagi pros undian, Borussia Dortmund akan menentang kelab terkaya Ligue 1 Perancis, Paris St Germain.

Kelab Serie A Itali, Napoli akan menerima kunjungan gergasi La Liga Sepanyol, Barcelona.

Aksi pertama pusingan kalah mati akan berlangsung pada 18,19 dan 25 Februari 2020 manakala aksi timbal balik akan diadakan pada 10, 11, 17 dan 18 Mac 2020.

Perlawanan akhir Liga Juara Juara Eropah akan berlangsung pada 30 Mei depan di Ataturk Stadium Istanbul.

Stadium sama telah menjadi saksi apabila Liverpool telah menjulang piala itu pada 2005 menewaskan AC Milan menerusi sepakan penalti.

Pertemuan Man City dengan Real Madrid merupakan pertemuan kompetitif julung kali antara Pep Guardiola dan Zinedine Zidane.

Zidane menjulang gelaran itu selama tiga musim berturut-turut dari 2016 manakala Guardiola menjulang sebanyak dua kali bersama Barcelona pada 2009 dan 2011 menewaskan Manchester United dalam kedua dua aksi final itu.- MalaysiaGazette