Carlo Ancelotti

LONDON – Carlo Ancelotti menjadi calon pilihan utama Everton yang sedang dalam proses melantik pengurus pertama mereka ketika ini.

the Toffees kini dalam proses akhir untuk memuktamadkan kontrak untuk pengurus warga Itali itu.

Bagaimanapun, media Itali mendakwa bekas pengurus Napoli berusia 60 tahun itu telah berada di Everton pada Isnin untuk mengadakan rundingan bagi mengisi jawatan kosong itu.

Ancelotti telah dipecat sebagai pengurus oleh Napoli selepas berjaya membawa pasukan itu ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu.

Kenyataan Everton mengesahkan rundingan telah diadakan bersama beberapa calon yang disenarai pendek.

“Kami boleh mengesahkan setakat ini tiada sebarang tawaran dibuat dan tidak ada mana-mana calon yang menarik diri daripada proses itu.

“Sementara kelab berusaha untuk mengesahkan pengurus tetap yang baharu secepat mungkin, tugas utama kami ialah melantik individu yang paling tepat untuk jawatan penting itu.

“Sementara proses mengenalpasti dan melantik calon tetap pengurus Everton diteruskan, Duncan ferguson akan kekal sebagai pengurus sementara the Toffees dan akan bertanggungjawab terhadap aksi menjelang aksi Suku Akhir Piala Liga Carabao menentang Leicester City,” kata kenyataan rasmi Everton.

Pemilik Everton, Farhad Moshiri berpendapat juara tiga kali Liga Juara-Juara Eropah Ancelotti adalah nama besar yang mampu melaksanakan impian bersama di Goodison Park.