TERKINI : Dahulu Cerca Anwar Ibrahim, Sekarang Nak Bela “TAHNIAH!!” – Amirudin Shari

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mempertikaikan tindakan Otai Reformis 98 yang mendesak sekumpulan pemimpin PKR termasuk dirinya dikenakan tindakan tegas oleh parti.

Beliau yang juga Pengerusi PKR Selangor menyifatkan tindakan tersebut ironi apabila sebelum ini sebahagian aktivis NGO itu pernah dipecat daripada parti kerana bertindak memaki hamun Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.