Belgium berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pasukan terbaik dunia buat tahun kedua berturut-turut dalam senarai rangking FIFA terbaharu semalam.

BRUSSEL – Belgium terus berjaya mengungguli ranking Persekutuan Bola Sepak Sedunia (FIFA) sebagai pasukan terbaik dunia untuk tahun kedua berturut kali ini.

Pasukan kendalian Roberto Martinez  itu layak ke Euro 2020 setelah menang kesemua 10 perlawanan antarabangsa yang disertai tahun ini.

Manakala juara Piala Dunia Rusia 2018, Perancis kekal di tangga kedua terbaik dunia sementara Brazil selaku pasukan juara dunia lima kali mengungguli tangga ketiga rangking FIFA.

England pula yang menghuni tangga kelima tahun lalu memperbaiki kedudukan dunia dengan melonjak ke tangga keempat kali ini.

Tuan Rumah Piala Dunia 2022 iaitu Qatar menunjukkan perkembangan sangat luar biasa dalam kedudukan ranking dunia apabila menduduki tangga ke-38 terbaik dunia selepas berjaya menjuarai Piala Asia AFC.

Wales yang dibimbing legenda Manchester United, Ryan Giggs mengungguli rangking ke-22 dunia manakala Northern Ireland (36) dan Scotland (50).

Senarai terbaharu ranking tersebut akan disiarkan pada 20 Februari 2020.

Dalam senarai tersebut Uruguay berada di tangga kelima diikuti Croatia di tangga keenam.

Juara Euro 2016 Portugal pula menduduki rangking ketujuh diikuti Sepanyol di tempat kelapan dan Argentina juga berjaya kekal di rangking 10 terbaik dunia iaitu pada kedudukan kesembilan dan Columbia di tempat ke-10.-MalaysiaGazette