KUALA LUMPUR – Tun Daim Zainuddin menyangkal pihak yang cuba melabel orang Melayu sebagai malas dan menjadi antara penyebab kaum itu sukar berjaya.
Bekas menteri kewangan itu berkata, banyak kejayaan ditempa oleh orang Melayu hingga ada antaranya yang menjadi kebanggaan ramai.
“Kalau kata Melayu malas, yang malas itu adalah mereka dapat kontrak, mereka yang dapat AP tapi jual kepada pihak lain.
“(Tetapi) Melayu sampai sekarang tidak malas. Kalau kita lihat kepada sejarah Melaka dahulu, kini jadi pusat pelabuhan yang berjaya. Itu semua orang Melayu.
“Kita tengok yang naik LRT pagi-pagi, siapa? Orang Melayu. Yang jual nasi lemak, orang Melayu. Jadi kalau kata Melayu malas, itu tidak betullah,” katanya dalam satu sesi dialog di ibu negara seperti dilapor sebuah laman portal.
Daim turut berkongsi rahsia untuk seseorang itu berjaya adalah dengan memperbanyakkan pengetahuan melalui pembacaan.
Katanya, dengan cara membaca, seseorang itu dapat menambah pengetahuan selain sentiasa sedar tentang isu-isu semasa. – MalaysiaGazette
Yg kata melayu malas tu x lain x bukan dia adalah sahabat sejati daim sendiri, nanti kena marah X takut ke ? Tapi semua rakyat msia tahu rahsia kau dia tahu rahsia dia kau tahu ,sama sama berahsia sama sama simpan