Ong Chiow Chuen

SEREMBAN – Persidangan pertubuhan Cina yang dijadualkan pada 28 Disember merupakan satu program aman yang lebih elok berbanding Kongres Maruah Melayu, kata Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Datuk Ong Chiow Chuen.

Chiow Chuen berkata, persidangan itu bertujuan menarik perhatian mengenai kuasa atau autonomi lembaga pengelola sekolah, dan ia tidak bertujuan menghasut emosi mana-mana orang.

Katanya, masyarakat Cina meminta kerajaan menghormati autonomi lembaga pengelola sekolah termasuk membenarkan badan itu membuat keputusan dalam soal pelajaran tulisan Jawi di satu-satu sekolah.

“Kementerian Pendidikan bagaimanapun tidak ambil peduli, malahan lewat semasa menerima memorandum apabila kami bertandang ke kementerian.

“Ini menunjukkan Kementerian Pendidikan tidak ambil berat tentang isu pendidikan bahasa Cina yang dititik berat kaum Cina,” katanya dipetik Sinchew Daily.

BACA: Persidangan pertubuhan Cina tetap diteruskan

BACA: Persidangan Pertubuhan Cina diperluaskan kepada badan India

Beliau pada masa yang sama menegaskan bahawa pihaknya dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong ) menghormati bahasa semua kaum dan menegaskan kemajmukan dalam negara.

“Kami tidak menentang mana-mana bahasa termasuk tulisan Jawi. Kami juga berharap kaum berbeza akan dapat memahami budaya lain dalam usaha mengalakkan keharmonian,” katanya.

Walau bagaimanapun, Chiow Chuen berkata, autonomi lembaga pengelola sekolah tidak boleh diketepikan.

“Jika autonomi ini mula diketepikan, Kementerian Pendidikan akan menggunakan ‘kesempatan’ ini untuk mengulangi benda yang sama dengan membiarkan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) untuk membuat keputusan dalam dasar lain.

“Isu ini tidak seperti yang disangkakan Timbalan Menteri Pendidikan (Teo Nie Ching) dan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng), mereka tidak pernah mengalami liku dan duri yang didepani pendidikan Cina sejak zaman sebelum merdeka hingga kini,” katanya.

BACA: Bantahan Jawi: Jika Dong Jiao Zong mahu cetus kekacauan, buatlah – PM

Beliau berkata, dengan mengenepikan autonomi lembaga pengelola sekolah, sekolah vernakular yang mempunyai 90 peratus murid bukan Cina boleh ditukarkan kepada sekolah kebangsaan (SK) jika 51 peratus ibu bapa bersetuju berbuat demikian.

“Keadaan itu akan menyebabkan jumlah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) berkurangan,” katanya yang menggambarkan kesukaran untuk membina sekolah vernakular baharu.

Chiow Chuen berkata, lembaga pengelola merupakan benteng terakhir pendidikan Cina.

“Jika lembaga pengelola sekolah dipinggirkan, badan ini akan jadi seperti tidak signifikan malahan tiada gunanya pada masa depan,” katanya. – MalaysiaGazette

6 Komen

    • Mahu tinggal di Tanah Melayu tetapi tidak reti meraikan bangsa Melayu. Kalau mereka tolak tulisan jawi kita juga berhak menghalang mereka menggunakan sebarang unsur tulisan jawi dan agama di dlm produk mereka.

  1. Jika Lembaga Pengelola Sekolah Cina boleh menetapkan hala tuju pembelajaran, disarankan tutup saja Kementerian Pelajaran atau tutup saja semua sekolah yang ada syllabus tersendiri.
    Benteng terakhir pembelajaran Cina tetapi mohon bantuan Kerajaan bila sekolah kurang Dana atau murid.
    This is pure nonsense… Patut lah Negara tidak boleh bersatu kerana ada element degil dalam sistem pembelajaran negara.

Comments are closed.