Real dikecewakan lagi selepas mencatat keputusan seri lagi tia perlawanan berturut-turut apabila menentang Athletico Bilbao semalam.

MADRID – Real Madrid sekali lagi merekodkan keputusan seri tanpa jaringan kali ketiga berturut-turut semalam.

Dalam aksi La Liga Sepanyol di halaman sendiri Stadium Santiago Bernabeu, Real selaku tuan rumah terikat seri 0-0 tanpa jaringan bersama Athletico Bilbao.

Kali terakhir Real mencatatkan keputusan tiga perlawanan seri tanpa jaringan adalah pada 2006.

Skuad Zinedine Zidane mendapat peluang terbaik untuk mencipta dua gol sepanjang 90 minit perlawanan.

Namun tandukan Nancho dan Luka Jovic terkena tiang gol lawan.

Karim Benzema juga gagal menghadirkan sebarang gol dalam tujuh percubaan di kubu lawan semalam, yang mana empat percubaan tepat telah dinafikan penjaga gol Bilbao, Unai Simon.

Athletico juga dilihat bergelut di atas padang untuk memecahkan ego bek pertahanan pasukan Galacticos.

Bagaimanapun, satu jaringan oleh Kenan Kodro dinafikan pengadil kerana jaringan offside.

Keputusan itu menyaksikan Atletico Bilbao melonjak ke tangga ketujuh dalam carta liga manana Real sekadar kekal di tempat kedua tetapi ketinggalan dua mata di belakang Barcelona.

Sebelum ini Real telah mencatat keputusan seri tanpa jaringan dalam pertemuan bersama Barcelona manakala seri 1-1 menentang Valencia.-MalaysiaGazette