Hadiah wang tunai kejohanan Tenis Terbuk Australia 2020 pada 20 Januari depan dinaikkan lebih lumayan sehingga manfaatkan pemain tersingkir pusingan awal kejohanan nanti

MELBOURNE – Penganjur kejohanan Tenis Terbuka Australia telah meningkatkan nilai hadiah wang tunai menjelang temasya pada Januari tahun depan.

Penambahan hadiah wang tunai kepada £38.1 juta pound kali ini sekali gus menaikkan peluang kepada para pemain yang kalah di peringkat pusingan awal kejohanan itu nanti.

Dana hadiah keseluruhan kejohanan itu dinaikkan sebanyak 14 peratus kepada 71 juta dolar Australia atau (£38.1 juta pound).

Dengan pelaksanaan baharu itu, pemain yang tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Australia kali ini akan menerima wang tunai lebih 20 peratus berbanding tahun lepas.

Manakala wang tunai untuk mereka yang kalah di aksi pembukaan pusingan kelayakan ditambah lagi.

Tenis WTA terbuka Ausie akan membuka tirai pada 20 Januari depan.

Pengarah kejohanan, Craig Tiley berkata kejohanan Terbuka Australia kali ini komited untuk memperbaiki bayaran dan keadaan gelanggang berkelas dunia untuk pemain tenis bertaraf antarabangsa yang akan berkunjung nanti.

“Kami bekerja sepenuh masa untuk memastikan hadiah wang tunai setimpal dan adil untuk semua peserta dalam setiap pusingan dan kami membuat ketetapan memberi ganjaran kepada pemain yang bersaing dalam aksi perseorangan dan regu,” katanya.

Katanya itu inisiatif murni penganjur untuk memastikan kerjaya sukan Tenis lebih relevan dan membantu pemain meraih pendapatan lebih.

Juara perseorangan Tenis Terbuka Australia bagi 2020 akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 4.12 juta dolar Australia atau £2.21 juta pound.

Manakala hadiah wang tunai untuk pemain yang kalah di pusingan pertama kelayakan akan ditawarkan hadiah wang tunai 20,000 dolar Australia atau £10,707 pound.

Dalam pada itu untuk pemain yang tersingkir di pusingan pertama kejohanan akan menerima 90,000 dolar Australia atau £48,183 pound.-MalaysiaGazette