ISTANBUL – Turki mungkin menubuhkan sebuah pengkalan tentera laut di Republik Cyprus Utara yang dikuasai Turki (TRNC) dengan sekumpulan pakar kini melakukan kajian di kawasan tersebut bagi menentukan lokasinya, lapor akhbar Milliyet.

Rancangan untuk menubuhkan sebuah pengkalan tentera laut itu dilakukan susulan daripada kelulusan TRNC untuk membenarkan pengunaan Lapangan Terbang Geçitkale sebagai operasi pengkalan pesawat tanpa juruterbang (UAV) Turki di timur Mediterranean yang dipohon Ankara.

Sepasukan pakar Turki yang merangkumi anggota Angkatan Tentera Turki, menkaji kawasan Gazimagusa (Famagusta) yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Selat Iskele, kata laporan itu seperti dipetik Daily Sabah.

Rancangan itu merangkumi pembinaan kediaman anggota tentera dan kemudahan tentera laut baharu namun tidak meliputi sebuah tempat penyimpanan peluru, kata Angkatan Tentera Turki di Cyprus Utara kepada Pejabat TRNC Perdana Menteri.

Angkatan Tentera Turki melindungi penerokaan seismik dan kapal penggerudian milik negara itu di Mediterranean Timur dengan menggunakan kapal selam, dron, dron bersenjata dan pesawat pejuang.

Turki kini menggunakan Pengkalan Tentera Laut Aksaz di Marmaris yang merupakan pengkalan tentera laut paling hampir di rantau itu, pembinaan pengkalan tentera laut yang lebih kecil dan dekat dengan Cyprus akan mempercepatkan aktiviti dan logistik.

Sebuah pengkalan tentera laut di pulau itu juga dijangka dapat meningkatkan penempatan kapal dan mempercepatkan sokongan penyelenggaraan, pembaikan dan pembekalan selain membolehkan penghantaran elemen tentera laut dan udara untuk jangka panjang.

Pada September 2018, Presiden Recep Tayyip Erdogan memberi bayangan negara itu akan menubuhkan sebuah pengkalan tentera laut di Cyprus jika keadaan memerlukannya.

Turki dan Libya memeterai dua perjanjian berasingan pada bulan lalu hasil pertemuan antara Erdogan dan Presiden Fayez al-Sarraj di Istanbul,

Salah satu perjanjian itu akan membolehkan Turki dan TRNC mempunyai hak di Mediterranean.

Pulau Cyprus ditadbir dua kerajaan yang mana Turki mentadbir di utara manakala Greece menguasai selatan pulai itu. – Agensi