Menteri Wilayah Persektuan, Khalid Abdul Samad bercakap pada sidang media mengenai pencapaian Kementerian Luar Negeri bagi tahun 2019 di Kementerian Wilayah Persekutuan, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 30 DISEMBER 2019

PUTRAJAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan memenuhi permintaan penduduk Kg Segambut Permai yang akan mahu rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) diberikan secara kekal apabila kediaman mereka dirobohkan beberapa hari sahaja lagi.

Jelas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad meskipun kerajaan langsung ada kaitan dengan kemelut yang tercetus membabitkan penduduk setinggan di kawasan itu dihalau oleh pemilik tanah secara persendirian, namun DBKL secara menawarkan bantuan memberikan kemudahan rumah transit selama enam bulan kepada 19 penduduk yang layak.

Malah tambahnya selepas DBKL sekiranya ada penduduk rumah transit yang masih berhadapan masalah untuk berpindah ke rumah baharu, maka ia akan dipertimbangkan kelak.

“Kami menawarkan rumah transit DBKL untuk 6 bulan dahulu dalam masa itu mereka cuba selesaikan masalah mereka. Tapi mereka kata 6 bulan tidak cukup ada yang mahu permanenet solution

“Saya tidak boleh tawarkan permanent solution, kita beri rumah mahu selesaikan masalah mereka untuk pindah tapi tiada rumah lagi. Jadi dalam masa enam bulan sekiranya masih tidak selesai dan sekiranya masih layak untuk tinggal di PPR DBKL kita akan pertimbangkan selepas itu,” katanya ketika sidang media.

Beliau sehubungan itu meminta agar penduduk di kawasan tersebut tidak membuat tuntutan yang tidak munasabah dan sukar dipenuhi oleh kerajaan.

“Saya minta maaf pada semua, saya nasihatkan mereka untuk keluar (dari rumah) dan terima tawaran yang kita berikan. Kita cuba bantu sebaik mungkin janganlah letakkan tuntutan yang sukar untuk kami penuhi kami mahu tolong tapi kalau mahu itu ini akhirnya kami tidak akan boleh bantu,” ujarnya.

Khalid menegaskan permintaan itu tidak adil kerana terdapat 50,000 pemohon untuk menduduki PPR yang layak perlu didahulukan.

Isu penduduk rumah setinggan di Segambur Permai dilaporkan tercetus apabila pemilik tanah telah mendapatkan perintah mahkamah merobohkan rumah yang dikatakan dibina dan diduduki secara percuma bertahun lamanya oleh penduduk.

Namun selepas beberapa penangguhan proses perobohan dijangka akan dilakukan 7 Januari 2020.

Namun dikatakan penduduk di kawasan tersebut meminta DBKL memberi peluang kepada kesemua 30 keluarga untuk menyewa dan akhirnya membeli unit PPR berdekatan tempat tinggal mereka.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Rumah tempat berteduh dengan kebun sayur yang mencemarkan sungai mana lagi penting? Nasib pekebun haram di cameron sanggup pula korang bela, kata kerajaan negeri zalim lah, alasan anak sekolah, habistu ni penduduk yang korang roboh rumah mereka tu tidak zalim ke?

Comments are closed.