Andy Murray tidak akan beraksi pada Terbuka Australia 18 Januari 2020 dan Piala ATP akibat kecederaan Pelvik

LONDON – Kecederaan pelvik memaksa jaguh tenis dunia, Andy Murray menarik diri daripada kejohanan Tenis Terbuka Australia Januari ini.

Juara tiga kali Grand Slam itu juga mengumumkan tidak akan beraksi dalam Piala ATP mewakili Great Britain.

“Saya perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk pulih daripada kecederaan sebelum menyertai sebarang temasya pada masa akan datang.

“Saya telah bekerja keras untuk mempersiapkan diri saya bersaing pada tahap tinggi, namun akur saya masih belum bersedia untuk beraksi disebabkan kecederaan masih mengekang prestasi saya,” katanya.

Murray tidak beraksi dalam mana-mana termasya selepas kali terakhir bersaing dalam Piala Davis November lalu.

Bagaimanapun dia terpaksa menarik diri akibat isu pelvik.

Bekas jaguh nombor satu dunia itu menjalani pembedahan pinggang 11 bulan lalu dan tidak bertandang ke Miami untuk sesi latihan pada bulan ini.

Walaupun kembali berlatih atas gelanggang pada minggu lalu, kecederaan masih belum mengizinkan bintang itu kembali ke tahap cergasan asal.

Kini Murray menduduki rangking ke-125 dunia. – MalaysiaGazette