BAGHDAD – Duta Amerika Syarikat (AS) dan kekitangan kedutaan di Iraq dibawa keluar dari ibu negara, Baghdad, ketika para penunjuk perasaan berada di luar premis, kata dua pegawai Kementerian Iraq kepada Reuters. 

Duta dan kakitangan terbabit meninggalkan kedutaan kerana bimbang tentang keselamatan.

Seorang pegawai berkata, beberapa kakitangan masih berada dalam kedutaan itu.

Semalam, beribu-ribu penunjuk perasaan dan pejuang militan berkumpul di luar puntu utama kedutaan untuk mengutuk serangan udara yang dilakukan AS ke atas pengkalan militan yang disokong Iran di Iraq. – Agensi