Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd Raja Azmi Raja Nazuddin.

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini mengumumkan Raja Azmi Raja Nazuddin meletakkan jawatan ketua pegawai eksekutif kumpulan berkuat kuasa hari ini.

“Raja Azmi membuat keputusan untuk meninggalkan MAHB sebagai CEO kumpulan untuk mengejar peluang-peluang lain,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, lembaga pengarah MAHB melantik Ketua Pegawai Operasi Mohd Shukrie Mohd Salleh sebagai pemangku CEO kumpulan berkuat kuasa serta-merta.

“Sebagai sebuah syarikat tersenarai awam, MAHB akan menjalankan proses sewajarnya untuk mengenal pasti dan melantik pengganti yang sesuai,” katanya lagi.- MalaysiaGazette