Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media sempena mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 07 JANUARI 2020

KUALA LUMPUR- “Bukan semua yang Dr. Maszlee buat adalah salah, ada juga perkara betul yang beliau lakukan tetapi disebabkan (kesalahan) tersebut, saya merasakan beliau perlu meletakkan jawatan dan beliau setuju,” jelas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir juga mengaku menulis surat menasihatkan bekas Menteri Pelajaran itu meletakkan jawatan disebabkan beberapa isu seperti internet percuma di sekolah, pelajaran tulisan Jawi dan program sarapan percuma.

Surat tersebut kemudiannya didedahkan oleh sebuah portal beberapa hari lalu.

“Saya telah menulis surat kepada beliau seperti yang didedahkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

“Seperti yang anda lihat terdapat banyak sebab (yang dinyatakan supaya Maszlee meletak jawatan), katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan peletakan jawatan Dr. Maszlee Malik adalah disebabkan Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berhasrat untuk membuka semula King Salman Centre for International Peace (KSCIP) seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal pagi tadi Dr. Mahathir berkata, ia tiada kaitan.

Malah Maszlee dalam satu hantaran Twitter kira-kira sejam selepas berita berkenaan disiarkan turut menyatakan laporan tersebut sebagai fitnah.

Penubuhan KSCIP diumumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2017 selepas menerima kunjungan daripada wakil kerajaan Arab Saudi.

Pusat tersebut katanya akan dibina di atas tanah seluas 16 ekar di Putrajaya.

Bagaimanapun, rancangan berkenaan dibatalkan selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum pada 9 Mei 2018.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pemangku Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir menjawab, ianya akan ditentukannya kemudian kerana ia adalah prerogatif Perdana Menteri.- MalaysiaGazette

Maszlee nafi cuba buka semula pusat ‘anti-terorisme’, sifatkan laporan sebagai fitnah

 

1 Komen

  1. Sebenarnya dlm perkara ni nkou yg membuat salah. Pasei dia dari parti hang dan kamu sbg ketua parti sendiri patut nasihat dan bagi panduan yg terbaik. Sepatutnya hang yg patut letak jawatan kerana menyokong dap.

Comments are closed.