Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bercakap pada sidang media berkenaan laporan kematian orang asli di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 25 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mendapat kerjasama yang baik dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk penguatkuasaan kawasan merokok yang  ditetapkan tiga meter dari premis makanan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, beliau telah berbincang dengan rakan sejawatnya, Zuraida Kamaruddin agar memastikan tempat merokok itu mengikut peraturan Pihak Berkuasa Tempatan.

“Saya mendapat kerjasama dengan Menteri KPKT, dan dalam Kabinet pun kita ada berbincang mengenai hal ini.

“Kita tahu KPKT melalui PBT telah menyediakan tempat merokok di luar premis sekitar sejauh tiga meter atau 10 kaki, ia suatu yang dianggap tempat mesra perokok.

“Dari segi kesihatan, ia juga kurang baik kepada yang bukan perokok, yang tentunya apabila berada di kedai makan, mereka tidak mahu diganggu oleh asap rokok,” katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen Speak Out: Express Your Right di Stesen Komuter di KL Sentral hari ini.

Sebelum itu, Dr. Dzulkefly bersama pegawai kanan Kementerian Kesihatan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) menaiki komuter dari Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan ke Stesen KL Sentral.

Sepanjang perjalanan 15 minit itu, beliau beramah mesra dengan penumpang komuter dan bertanyakan mereka mengenai kempen Speak Out.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Cakap melangit tapi penjualan rokok tak boleh dimansuhkan. Rokok seludup masih bermaharajalela dalam kedai dan ditepi jalan.. Poorrah

  2. tak tau lah otak2 menteri2 nie kat kepala ke atau kat lutut… benda haram tapi boleh jual… hemmmm….

Comments are closed.