KUALA LUMPUR – Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) menyokong penuh penegasan dan pendirian Mufti Perak, Datuk Seri Harusani yang menuntut penentang Jawi didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.
Sehubungan itu, MAPPIM menuntut polis membuka kertas siasatan dan memanggil Pertubuhan Dong Zong yang secara jelas membantah pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah vernakular sehingga tindakan mereka menggugat perpaduan kaum serta menimbulkan suasana anti nasioanal.
Ketua Eksekutifnya, Mohd Zai Mustafa berkata, pihaknya juga menuntut pendaftar pertubuhan (ROS) memanggil pemimpin Dong Zong untuk memberi keterangan, kerana perbuatan mereka menyanggah perlembagaan pertubuhan di bawah Seksyen 2 dan melanggar Akta Hasutan 1948 serta Perlembagaan Persekutuan.
“Sekiranya terbukti perkara ini berlaku, tindakan tegas dan segera mesti dilaksanakan untuk mengharamkan Dong Zong kerana mereka membawa agenda rasisme, cauvinis dan komunis,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Harussani sebelum ini menegaskan pihak yang mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 wajar didakwa bawah akta hasutan.
Kata beliau, tindakan Dong Zong yang berterusan membantah pelaksanaan pengajaran tulisan Jawi menyebabkan banyak NGO tampil mengadakan himpunan mendesak pertubuhan itu diharamkan. – MalaysiaGazette

















Inilah masaalahya..setiap perkara yang berlaku pasti ada sbd dan akibat,klu perkara di perlekehkan pasti bsr kesannya pada negara dan rakyat.