Foto Johor Southern Tigers

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan bekas penyerang Kedah, Fernando Rodriguez dan juga pemain dari Jepun, Kei Hirose menyertai kelab itu pada Liga Malaysia musim ini.

Rodriguez bukan nama asing dalam kancah Liga Malaysia apabila penampilan pertama negara ini menyaksikan pemain Sepanyol itu muncul pemenang Kasut Emas.

Dia juga menjadi nadi penting pasukan Kedah yang mara dalam dua final piala domestik iaitu Piala FA sebelum muncul naib juara Piala Malaysia selepas tewas di tangan JDT.

Sementara itu, Kei bermain di Liga Indonesia musim lalu dan merupakan pemain yang memiliki kerajinan tinggi selain larian pantas.

Majlis pengenalan dan pengumuman kedua-dua pemain itu dibuat hari ini menerusi siaran langsung oleh Johor Souther Tigers.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest dan Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards.

Antara faktor utama dua pemain ini ditandatangani adalah kerana kualiti teknikal mereka serta mengambil kira kesesuaian pemain-pemain tersebut dengan corak permainan JDT.

Edwards melahirkan rasa gembira dan berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan kedua-dua pemain tersebut ke dalam keluarga JDT.

Rodriguez dan Kei dijangka diletakkan dalam pasukan pembangunan JDT II bagi memastikan bahagian pembangunan kelab itu mendapat manfaat dengan adanya dua pemain dalam pasukan mereka. – MalaysiaGazette