TOKYO – Harga minyak meningkat ketara dengan minyak mentah Amerika Syarikat melonjak hampir AS$3 dalam dagangan hari ini selepas pangkalan tentera Washington di Iraq dibedil dengan roket Iran pagi ini.

Perkembangan terbaru itu meningkatkan prospek ancaman besar yang mendorong kepada pengurangan bekalan minyak.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate naik hampir AS$ 3, atau hampir 5%, kepada AS$ 65.50 setong pada sekitar 0029 GMT.

Minyak mentah Brent belum lagi didagangkan selepas jatuh hampir 1% semalam. – MalaysiaGazette