PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan sembilan rakaman audio dipercayai perbualan antara bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan beberapa individu termasuk pemimpin dari Arab Saudi.

Pendedahan rakaman berdurasi keseluruhan 45 minit itu dibuat dalam sidang media khas yang dipengerusikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya di sini.

Turut diperdengarkan kepada puluhan wakil media adalah perbualan antara Datin Seri Rosmah dan Najib.

Latheefa memberitahu, rakaman audio itu baru diterima selepas tahun baharu 2020 dan pihaknya yakin akan ketulenan suara-suara dalam audio tersebut. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Video nampak wajah pun tk boleh nk setel tulin or not. Ni kan pulak audio . Semburit betul lah .

Comments are closed.