Gambar hiasan

NEW YORK – Niaga hadapan minyak jatuh lebih daripada 4% dalam dagangan hari ini selepas ketegangan di Timur Tengah semakin kendur.

Niaga hadapan Brent susut sebanyak AS$2.83 kepada AS$65.44 setong – paras tutup terendah sejak 16 Disember.

Pada awal dagangan, kontrak itu mencecah paras tertinggi sejak pertengahan September kepada AS$71.75 setong,

Penanda aras global mencatatkan lebih tinggi sejak merekodkan paras rendah pada Oktober kepada AS$ 56.15 setong; sesi tinggi pada hari Rabu adalah 28 peratus di atas paras itu.

Harga mentah West Texas Intermediate (WTI) turun sebanyak AS$ 3.09 atau 4.9 peratus kepada AS $ 59.61 setong, paras terendah sejak 12 Disember.

Sesi tinggi sebanyak AS $ 65.65 adalah paras tertinggi sejak akhir April. – MalaysiaGazette