Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Syarikat Prolintas dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) sekali lagi akan menganjurkan Program Derma Darah Prolintas 2020 pada Khamis depan.

Program tahunan Prolintas itu akan diadakan di Pejabat Operasi Lebuhraya Kajang SILK, Plaza Tol Sungai Balak, bermula pada jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

Menurutnya, setiap penderma akan membawa pulang cenderamata eksklusif Prolintas. – MalaysiaGazette