TOKYO – Harga minyak susut dalam dagangan hari ini meneruskan kerugian selepas ancaman perang di Timur Tengah, rantau utama pengeluar minyak semakin reda dan pelabur menukar perhatian mereka kepada prospek pertumbuhan ekonomi dan permintaan terhadap minyak mentah.

Minyak mentah Brent LCOc1 turun 0.2%, pada AS$ 65.23 pada 0119 GMT, selepas jatuh lebih daripada 4% dalam tempoh dua hari yang lalu.

WTI juga menurun 0.2%, pada AS$ 59.42, selepas jatuh sedikit pada hari Khamis dan menjunam sekitar 5% pada hari Rabu.

“Amerika Syarikat dan Iran kedua-duanya nampaknya cuba mengatasi ketegangan… wilayah itu kembali dari tekanan perang dan mengurangkan risiko bekalan pasaran minyak,” kata Eurasia Group dalam nota penyelidikannya.

Harga minyak berada pada paras sebelum serangan dron ke atas jeneral tentera Iran, Qassem Soleimani pada 3 Janauri lalu.

Serangan itu mendorong Iran bertindak balas dengan serangan peluru berpandu balistik terhadap pangkalan udara Iraq. – MalaysiaGazette