Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Peruntukan RM1 juta melibatkan sebanyak 155 kawasan perokok di seluruh negara bukan satu atau 10 kawasan sahaja.

Itu penjelasan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Kos itu bukan hanya melibatkan sebuah kawasan perokok sahaja, katanya.

“Tak mengapa, saya dengar pandangan ramai, isunya ‘peruntukan’. Saya juga baca komen-komen yang mahu “smoking area” didirikan .

“Peruntukan ini bukan untuk dibina sebuah tetapi sebanyak 155 buah dalam Malaysia. Bukan satu atau 10 buah. Soal peruntukan, kita teliti semula,” katanya dalam ciapannya di Twitter hari ini.

Sebelum itu, keputusan KPKT untuk membina kawasan perokok menerima kecaman hebat daripada masyarakat.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia menyambut baik langkah itu asalkan ia dibuat melebihi tiga meter daripada premis makanan yang diharamkan merokok sejak 1 Januari lalu.- MalaysiaGazette