KUALA TERENGGANU- Mayat salah seorang mangsa yang dikhuatiri lemas di Pantai Pandak, Chendering ditemui terapung kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Mayat Mohd. Nor Hishamudin Nor Saidi, 21, ditemui oleh anggota Bomba dan Penyelanat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 9.50 malam tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ) untuk bedah siasat.

Tambahnya, pencarian bagi seorang lagi mangsa, Tengku Muhamad Afiq Tengku Muhazan masih diteruskan.

Dalam kejadian 6.30 petang semalam, mangsa yang juga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke pantai berkenaan bersama 18 rakan yang lain.

Bagaimanapun, tiga daripada ahli kumpulan tersebut dihanyutkan ombak yang mana seorang daripada mangsa dilaporkan selamat.-MalaysiaGazette