Adhif Syan menutup pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) untuk tempoh 14 hari sebagai mematuhi SOP Covid-19.

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah menafikan beliau ditahan polis kerana positif dadah awal pagi ini.

Ketua Armada Selangor berkata, dakwaan berkenaan adalah satu fitnah.

Menurut laporan Malaysiakini, Adif Syan berada di rumahnya di Pulau Meranti, Puchong sejak malam semalam.

Mesej tular di media sosial beliau dan beberapa pegawai politik ditahan kerana positif dadah.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hanya mengetahui mengenainya dalam media sosial.

Beliau juga sedang menunggu laporan rasmi mengenai dakwaan itu dan enggan mengulas lanjut.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

ADUN, 4 pegawai khas politik positif dadah ditahan?