Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak perempuan Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, 7, yang kritikal kerana kegagalan buah pinggang dan hati, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, malam ini.

Berita itu dimaklumkan oleh bapa kanak-kanak itu, Muhammad Noor Ain, 38, menerusi aplikasi WhatsApp.

“Anak saya dah tiada. Innalillahiwainnailaihirojiun,” katanya dalam mesej ringkas yang dihantar kepada pemberita.

Pagi tadi, Jabatan Kesihatan Johor (JKJ) mengesahkan seorang murid Tahun Satu yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di negeri ini, dijangkiti Influenza A seperti ditularkan dalam media sosial.

Kisah Nur Dinie Damia yang didakwa kritikal dan sedang dirawat di ICU sebuah hospital kerajaan, di sini, sejak beberapa hari lalu tular di media sosial sejak semalam.

– MalaysiaGazette