Hassan Rouhani. Foto Agensi

DUBAI – Presiden Iran, Hassan Rouhani menolak cadangan baru ‘rundingan Trump’ yang mensasarkan untuk menghapuskan nuklear.

Rouhani menyifatkan cadangan itu sebagai tawaran itu sebagai aneh dan mengkritik Presiden Donald Trump yang selalu melanggar janji.

Perdana Menteri Britain, Boris Johson yang memuji Trump sebagai pembuat rundingan terbaik meminta Presiden Amerika Syarikat menggantikan Perjanjian Nuklear 2015 dengan kuasa-kuasa dunia dengan yang baharu untuk memastikan Iran tidak memiliki senjata atomik.

Trump telah bersetuju dengan cadangan Johnson.

Dalam ucapan yang disiarkan, Rouhani mahu Washington mengembalikan perjanjian asal yang telah ditarik balik oleh Washington pada tahun 2018, yang mana Tehran telah menghentikan kerja-kerja nuklear susulan penarikan semula sekatan antarabangsa yang dikenakan ke atasnya.

Sejak menarik balik perjanjian, Washington telah melaksanakan sekatan ke atas eksport minyak Irsan – yang merupakan satu polisi yang mengenakan tekanan maksimum.

Amerika Syarikat mensasarkan untuk memaksa Tehran bersetuju untuk meluaskan perjanjian dengan menetapkan had bagi kerja-kerja nuklear bagi menangani program peluru berpandu balistik dan mengakhiri perang serantau.

Iran menegaskan bahawa ia tidak akan berunding selagi sekatan dikenakan.

Tehran telah mengambil langkah berperingkat-peringkat untuk mengurangkan pematuhan perjanjian itu hingga menyebabkan Britain, Perancis dna Jerman menuduhnya melanggar terma.

“Saya tidak tahu bagaimana Perdana Menteri di London berfikir. Dia berkata, lebih baik mengenepikan perjanjian nuklear dan melaksana pelan Trump.

“Jika anda mengambil langkah yang salah, itu akan menjejaskan anda. Pilih jalan yang betul. Jalan yang betul adalah untuk kembali kepada perjanjian nuklear,” tegas Rouhani.

Malah, beliau menafikan dakwaan mahu memiliki memperoleh senjata nuklear kerana semua aktiviti Iran berada di bawah pengawasan Badan Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Rouhani turut mengulangi pendirian lama Iran bahawa Timur Tengah akan kembali aman hanya apabila Amerika Syarikat menarik diri.

“Tentera Amerika hari ini tidak selamat di rantau ini … Kami tidak mahu ada yang tidak selamat di dunia. Kami mahu anda pergi dari sini, tetapi tidak dengan peperangan. Kami mahu anda meninggalkan rantau ini secara bijak dan ia memberi manfaat kepada anda, ” kata Rouhani. -MalaysiaGazette