Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya (tengah) diiringi Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki (kiri) dan Pengarah Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin (kanan) bercakap pada sidang media khas mengenai pendedahan 9 set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah di peringkat tinggi di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 08 JANUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya selesai memberi kenyataan kepada polis, hari ini.

Turut diambil keterangan Datuk Seri Azam Baki dan lima pegawai lain bagi memberi kenyataan secara berasingan.

Kesemua mereka selesai memberikan keterangan masing-masing hampir empat jam.

“Pesuruhjaya Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya baru sahaja selesai memberi kenyataan kepada polis berhubung penyiasatan rakaman audio yang disiarkan oleh MACC pada 8 Januari lalu.

“Timbalan Pesuruhjaya Datuk Seri Azam Baki dan 5 pegawai lain juga memberi kenyataan secara berasingan antara jam 2:45 petang hingga 6:30 petang,” kata badan itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan, kesemua mereka diambil keterangan bagi membantu siasatan selepas SPRM mendedahkan sembilan rakaman audio perbualan berdurasi 45 minit, yang berlaku 5 Jan hingga 29 Julai 2016, antaranya dipercayai melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seramai 10 pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman tiba di ibu pejabat SPRM kira-kira pukul 2.30 petang dengan menaiki empat kereta Proton Preve. -MalaysiaGazette

Polis rakam keterangan Latheefa bantu siasatan rakaman perbualan