Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 17 JANUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau agak keliru dengan pelbagai fakta yang dibentangan kepadanya dalam taklimat Kementerian Pendidikan semalam, bagaimanapun satu perkara telah diputuskan iaitu murid-murid boleh memakai kasut berwarna coklat, hitam, kelabu, putih atau apa sahaja.

Beliau yang memangku jawatan Menteri Pendidikan memberitahu taklimat yang dihadirinya semalam sangat panjang, dan pelbagai perkara telah dibentangkan kepadanya.

“Saya masih sedang hadam semua perkara. Saya agak keliru kerana banyak fakta yang diberikan kepada saya dan saya sedang mengkaji.

“Bagaimanapun satu perkara yang saya telah memutuskan, anda boleh memakai kasut coklat, hitam, kelabu, putih atau kasut apa sahaja,” kata Perdana Menteri dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MPT Parti Pribumi Bersatu Malaysia di sini, hari ini.

Jawapan Dr Mahathir disambut gelak ketawa barisan kepemimpinan Bersatu dan media yang membuat liputan sidang media tersebut.

Kabinet memutuskan Dr Mahathir memangku jawatan Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Januari lalu berikutan peletakan jawatan Dr Maszlee Malik.

Peletakan jawatan Maszlee ekoran satu surat yang mengarahkan beliau berbuat demikian.

Maszlee dalam sidang media mengumumkan peletakan jawatannya berkata, beliau diarahkan berbuat demikian kerana sering dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan antaranya isu melibatkan jawi, nternet sekolah dan program sarapan percuma.

Kelmarin tular satu pekeliling Kementerian Pendidikan mengenai kaji selidik pelaksanaan kasut hitam. – MalaysiaGazette

 

8 Komen

  1. Masalah kasut kan sudah selesai..kenapa nak kecoh lagi…arahan kata hitam ..hitam lah….nk kalut kes kasut lagi pasal apa….kes terpencil…jgn u trun lagi..masalah sistem pembelajaran, yuranx sampingan…dan banyak lagi..kasut dibincangkan….Betul Standard Atau Pakar U Trun

  2. Atuk dah tua…. Malas nak mikir… Yg nak difikir camna nak campak si jip tu dlm penjara… Lps tu camna nak bagi anak cucu tok tambah kaya raya… Kau nak pakai kasut apa…ada atuk nak kisah???

  3. Bab kasut pun dh jd cerca merba… pekara remeh ni pun tk boleh nk selesaikan… 60th bn perentah tk da isu pun hal kasut…

  4. Betapa rendahnya pemikiran setelah diberi taklimat. Perkara yang paling bawah di ceritanya. Maknanya otak tu ke bawah yang penting…. Atok anguk kuat sangat lah….

Comments are closed.