SHAH ALAM – Sebuah NGO membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kewujudan sebuah kenderaan mewah tertera perkataan “Menteri” pada nombor pendaftaran di lokasi serbuan polis di “private parti” di Jalan Puchong awal pagi Isnin lalu.

Pertubuhan Kesejahteraan dan Hak Rakyat (Power) turut meminta SPRM Selangor menyiasat sebuah syarikat yang dikatakan pemilik kondominium tempat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan beberapa pegawai khas menteri ditahan kerana positif dadah.

Pengerusi Power, S. Gobi Krishnan berkata, beliau mendapat tahu ada kereta milik menteri di lokasi kejadian, iaitu sebelum anggota polis menyerbu premis persendirian itu, daripada seorang saksi yang kebetulan pulang ke rumahnya di kondominium berkenaan.

“Kami telah dihubungi seorang saksi, iaitu individu yang melaporkan kejadian private parti di sebuah kondominium itu yang melihat ada sebuah kereta MPV Toyota Alphard tertera perkataan “Menteri” pada nombor pendaftaran di lokasi.

2 Komen

  1. Ramai yang konpius, parti dadah ni sebenarnya legal atau illegal?

    Macamana orang2 penting @VIP kera jaan hancing boleh ada bersama2 kalau ianya illegal? Positif pulak tu.

    Dipahamkan kalau orang kerajaan ditangkap ambil dadah mereka akan dibuang kerja, dijel dan tidak lagi layak untuk mendapat pencen?

    Betul ke?

Comments are closed.