PETALING JAYA – Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini menetapkan agar kesemua wakil PKR dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) harus sebulat suara dalam tempoh peralihan kuasa antara Perdana Menterinya, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata ketetapan itu diambil dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memandang perkara itu pernah menetapkan Anwar sebagai pengganti Tun Dr Mahathir Mohamad bagi kerusi Perdana Menteri.

“Mesyuarat hari ini juga membuat ketetapan bahawa semua wakil PKR hendaklah membawa suara yang sama seperti mana keputusan parti.

“Keputusan parti siapa calon PM adalah jelas, apa pendirian parti juga jelas. Pendirian parti berkenaan dengan tempoh transisi juga sangat jelas. Jadi keputusan ini menyebut semua wakil parti dalam Majlis Presiden mesti bercakap sesuatu dengan keputusan dan ketetapan parti,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat MPP, di ibu pejabat PKR, hari ini.