Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berucap pada Majlis Perasmian Hospital Tunku Azizah di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 20 JANUARI 2020

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akui proses pengumpulan data jumlah pesakit Influenza A mengambil sedikit masa kerana perlu mendapatkan perkembangan pelbagai pihak di seluruh negara, termasuk Kementerian Pendidikan. 

Jelas Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, ini kerana ia merupakan penyakit yang tidak wajib dinotifikasikan, sebaliknya Influenza A hanya penyakit yang dikategorikan sebagai bermusim.

“Influenza A bukannya salah satu penyakit yang diwajibkan dinotifikasikan. Sebab itu kami memerlukan sedikit masa untuk mengumpul data daripada semua kemudahan kalau boleh bukan sahaja daripada KKM bahkan Kementerian Pendidikan dan Pertahanan juga Sabah dan Sarawak, seluruh negara.

“Ia memakan sedikit masa,” katanya kepada pemberita selesai perasmian Hospital Tunku Azizah oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah. 

Bagaimanapun menurutnya, KKM akan menyalurkan perkembangan semasa menerusi kenyataan dari semasa ke semasa.

“Apa juga perkembangan akan kita keluarkan dalam bentuk kenyataan,” katanya yang mengulas mengenai perkembangan terkini Influenza A (H1N1).

Setakat ini, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) merekodkan seramai 12 murid sekolah rendah dikesan dijangkiti Influenza A (H1N1) setakat ini manakala Jabatan Pendidikan Perak pula mendedahkan seramai 94 pelajar dijangkiti virus itu.

Ditanya tentang kerisauan orang ramai berkenaan virus misteri yang merebak di China, Dzulkefly memberi jaminan akan memantau penyaringan di pintu masuk negara.

Beliau juga tidak menolak melawat sendiri Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekiranya perlu untuk melihat pemantauan yang dilaksanakan terhadap pelancong luar yang masuk ke negara ini.

“Belum dapat saya simpulkan secara khusus, Ketua Pengarah (Datuk Dr Noor Hisham Abdullah) akan menyimpulkan bagaimana kami akan meningkatkan langkah-langkah berjaga Influenza A,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Belum lagi reda masalah SELSEMA BABI didalam negara, satu lagi virus telah tersebar luas diChina!

    Virus seperti SARS ragut nyawa ke-3 di China, ratusan kes baru dilapor! Minta KLIA jaga pintu masuk baik2!

    Kementerian Kesihatan diminta lebih aggresive. NAMPAK SLOW, merangkak macam kura2!

Comments are closed.