LANGKAWI – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak fikir Pakatan Harapan (PH) akan menjadi kerajaan sepenggal seperti yang dicanang-canangkan kecuali itu yang dimahukan oleh rakyat negara ini.

Perdana Menteri mengakui Kerajaan PH menghadapi cukup banyak masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan dahulu.

Jelasnya, situasi semasa tidak seperti semasa beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada kali pertama pada tahun 1981, yang mana semua keputusan yang dibuat dapat dilaksanakan tanpa masalah.

“Sekarang kita kena bersihkan pentadbiran, kita kena cari wang untuk bayar hutang.

“Kita juga dapati orang yang dahulu cekap tetapi terpaksa dibersarakan kerana terlibat dengan rasuah dan orang yang baru dilantik pula tidak secekap orang lama.

“Akhirnya PH dikenali sebagai kerajaan yang tidak pandai.,” katanya pada sidang media di sini selepas mengadakan lawatan demonstrasi 5G di Ibu Pejabat Polis Langkawi.

Dalam nada sinikal, Dr Mahathir berkata, sampai satu tahap, rakyat boleh mencium tangan pencuri dan memanggil bossku.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.