Abdul Aziz Abdul Rahman
Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman telah meninggal dunia pada usia 87 tahun, lewat malam tadi di Hospital Gleneagles Ampang.

Berita sedih ini dikongsikan oleh Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) menerusi Facebook.

Allahyarham menerajui syarikat penerbangan negara itu pada tahun 1982 hingga 1992. – MalaysiaGazette