Independent Islamic Preacher Firdaus Wong Wai Hung. sumpah laknat video clip sexual assault
Firdaus Wong Wai Hung.

KUALA LUMPUR – Gantung lesen selama 10 tahun atau penjara seumur hidup!

Itu hukuman keras cadangan pendakwah Islam, Firdaus Wong Wai Hung bagi melindungi masyarakat terhadap pemandu mabuk yang menjadi punca kemalangan maut di negara ini.

“Berapa ramai lagikah nyawa tidak bersalah yang perlu terkorban akibat kebodohan pemandu mabuk sebelum pihak berkuasa menghadkan penjualan dan pengambilan arak?

“Sekali lagi saya menyeru pertubuhan agama bukan muslim khususnya ahli gabungan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia membuat kenyataan dan mengerakkan akar umbi mereka untuk lebih aktif mendirikan masyarakat bahaya meminum arak berbanding mengeluarkan kenyataan terhadap Islam.

“Cukuplah beretorik. Less talk more action,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Firdaus Wong berkata demikian mengulas Beliau berkata demikian kejadian seorang lelaki yang maut dirempuh pemandu wanita warga China kerana dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.- MalaysiaGazette