Man United menghadapi krisis besar apabila dilanyak burnley di hal;aman sendiri dalam aksi EPL awal pagi tadi.

MANCHESTER – Manchester United dilanyak pasukan rendah dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) Burnley 2-0 di Old Trafford.

Kemenangan pertama skuad pelawat ke atas tuan rumah dalam Liga Perdana Inggeris di Old Trafford menyaksikan penyokong  Red Devils membuli aksi hambar pasukan Ole Gunnar Solskjaer itu.

Aksi buruk skuad Revils dikritik hebat oleh pengulas sebagai pasukan terburuk dalam tempoh 30 tahun ini.

Skuad pelawat membuka jaringan awal di gawang tuan rumah pada minit ke -39 menerusi rembatan Chris Wood.

Usaha Manchester United untuk bangkit mencari gol kemenangan ternyata gagal diseparuh masa kedua sebelum Jay Rodriguez menambah keperitan tuan rumah menerusi gol kedua pada minit ke-56.

Walaupun ia merupakan kali ketiga Burnley mendahului Man United, tetapi kali pertama berjaya meraih tiga mata penuh di Old Trafford dalam EPL.

Ketiadaan Marcus Rashford ternyata memberi impak teruk ke atas jentera serangan yang kebuntuan mencari gol.

Meskipun ketiadaan ketiadaan Rashford memberi peluang besar kepada Martial untuk menyerlah namun bintang Perancis itu gagal memanfaat dua peluang besar yang diprolehinya untuk menghasilkan gol di gawang lawan dala aksi awal pagi tadi.

Manchester dengan kekalahan itu kekal di tangga ke-5 dengan 34 mata yang hanya memisahkan dengan perbezaan jaringan gol bersama Tottenham Hotspurs yang menghuni tangga ke tujuh dan Wolves di Tangga ke-8.

Chelsea masih kekal di tangga keempat dnegan perbezaan lapan mata belakangf Leicester City.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast