Gelanggang Tenis Terbuka Australia dibersihkan ekoran banjir lumpur dalam hujan lebat malam Rabu di Melbourne.

MELBOURNE – Aksi Kejohanan Tenis Terbuka Australia hari ini ditangguhkan selama tiga jam gara-gara kejadian banjir lumpur.

Insiden itu telah menjejaskan luar gelanggang tenis berlangsungnya temasya kali ini di Melbourne.

Kejadian hujan lebat beserta banjir kilat telah mengakibatkan banjir beserta debu dan lumpur pada malam Rabu menjejaskan kawasan gelanggang kejohanan kali ini.

Ekoran insiden itu, penganjur telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan gelanggang yang dibasahi hujan dan lumpur dan hampir majoriti perlawanan hari ini ditunda selama tiga jam.

Namun perlawanan yang seharusnya dimulakan selepas tiga jam terpaksa dilewatkan lagi sehingga lebih 4 jam akibat hujan.

Kemudian tiga perlawanan telah dimulakan di gelanggang tenis tertutup.- MalaysiaGazette