TERKINI : Betul Ke Dr Mahathir Setuju? Itu Kata Guan Eng – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa Dr Mahathir Mohamad telah menetapkan tarikh untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diragui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kenyataan itu hanya dibuat oleh Guan Eng dan bukannya daripada mulut Dr Mahathir sendiri. “Betul ke Dr Mahathir setuju Itu kata Guan Eng, tapi Dr Mahathir belum buat pengumuman lagi kan.

Setahu saya pengumuman terakhir adalah selepas APEC 2020. Jadi bulan Mei belum lagi lah. “Tetapi mungkin dia sudah beritahu Guan Eng, itu kita tidak tahu.

Kita tidak terlibat dari segi bila peralihan kuasa antara mereka,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.